4.0 CABARAN
DAN PENYELESAIAN
Sejak
kebelakangan ini, sistem pendidikan Malaysia tidak lekang diberikan peruntukkan
perbelanjaan setiap kali pembentangan bajet tahunan. Malahan, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mengakuri bahawa perbelanjaan pendidikan awam di
Malaysia melebihi dua kali ganda Keluran Kadar Negara Kasar (KDNK)
negara-negara ASEAN dan OECD (Zairil Khir Johari, 2014). Dalam pada itu, tiada
keberhasilan yang jelas dapat dibuktikan pencapaian Malaysia di peringkat
antarabangsa apabila berada kedudukan tercorot sepertiga terbawah. Sejajar itu, menjadi cabaran
terhadap sistem pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prasarana sekolah dengan
mengoptimumkan perbelanjaan pendidikan demi merealisasikan hasrat kedudukan
sepertiga teratas dalam penilaian antarabangsa. Mekanisme mengoptimumkan
perbelanjaan hendaklah dengan memberi keutamaan kawasan pedalaman untuk meningkatkan
prasana sosial. Andreas Schleicher (2016) ada menjustifikasikan bahawa
kemudahan infrastruktur yang rendah natijah kelemahan prestasi pelajar dalam
penilaian antarabangsa TIMSS dan PISA.
Berdasarkan
Laporan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM juga menyenaraikan sepuluh sekolah
berprestasi rendah dalam Bacaan ujian PISA terdiri daripada sekolah luar
bandar. Sufean Hussin (2014) turut berpendapat bahawa kedaifan kawasan
pedalaman dari aspek infrastruktur menjadi suatu cabaran kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, Mohd Erfy Ismail, Mohd Ali Samsudin dan
Ahmad Nurulazam Md Zain (2014) ada menjelaskan bahawa pelajar yang dilengkapkan
dengan kemudahan infrastruktur di sekolah akan mempengaruhi sikap terhadap
pembelajaran Sains(subjek yang dititikberatkan dalam penilaian antarabangsa
TIMSS dan PISA).
Sistem
pendidikan Malaysia yang dikatakan berpusatkan peperiksaan menyebabkan pelajar
kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi. Malahan, sistem
peperiksaan yang bersifat ramalan topik dan sub-topik menyebabkan pelajar
cenderung untuk mempraktik teknik penghafalan jawapan semata-mata. Sistem
peperiksaan di Malaysia menunjukkan kontradiksi kerana PISA dan TIMSS
memerlukan kemahiran penaakulan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk
menyelesaikan masalah secara realistik. Kajian PISA dan TIMSS pada tahun 2012
terhadap sistem pendidikan di Malaysia berpunca daripada kelemahan
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada menyelesaikan masalah rutin kehidupan.
Bertitik tolak daripada itu, telah menjadi halangan untuk sistem pendidikan
Malaysia merealisasikan hasrat menduduki sepertiga teratas dalam penilaian
antarabangsa.
Saban hari,
tidak dapat menafikan peperiksaan awam Malaysia meningkat setiap tahun yang
tidak pernah mengecewakan. Sehubungan itu, mentaliti mujtamak di Malaysia
sehingga abad ke-21 masih kekal dengan menjulang kecemerlangan bilangan A
pelajar dalam peperiksaan awam berbanding kemahiran insaniah. Kontradiksi jelas
dengan penilaian antarabangsa kerana jenis soalan tidak menitikberatkan
pengetahuan kurikulum akan tetapi memerlukan kemahiran mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari untuk berhadapan cabaran kehidupan seharian (real
life situation).
Oleh itu,
sistem pendidikan Malaysia berhadapan cabaran untuk mengubah mentaliti
masyarakat berkaitan kepentingan kecemerlangan akademik semata-mata. Mengubah
mentaliti masyarakat adalah penting kerana memberi impak terhadap pencapaian
pelajar. Komponen masyarakat konteks tersebut merujuk kepada ibu
bapa. Pemikiran tertutup ibu bapa yang menganggap bahawa kecemerlangan
bergantung pada bilangan A dalam peperiksaan mempengaruhi cara didikan terhadap
anak. Corak didikan berdasarkan keperluan bilangan A dalam peperiksaan pula
merencatkan prestasi Malaysia dalam penilaian antarabangsa.
Berikutan itu, ibu bapa sewajarnya mengubah
pemikiran sedemikian. Contohnya, peka terhadap masalah peningkatan jumlah
pengangguran dalam kalangan siswazah kerana kekurangan kemahiran insaniah
walaupun mempunyai segulung ijazah kecemerlangan akademik. Menyingkap
kepentingan tersebut adalah bertujuan memastikan kesinambungan sumber manusia
pada masa hadapan mencapai tahap kebolehpasaran secara global selain memacu
iltizam kedudukan sepertiga teratas kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa
(Nooriah Yusof, Zakiah Jamaluddin & Norain Mat Lazim, 2013).
No comments:
Post a Comment