Friday, 19 May 2017

2. PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM TIMSS DAN PISA


1.3              Pencapaian Malaysia dalam Timss dan Pisa

1.3.1       TIMSS


1.3.1.1  Pencapaian Malaysia dalam TIMSS 1999 – 2015

Malaysia mula menyertai TIMSS pada tahun 1999 dan berada pada tempat ke-16 daripada 38 negara peserta dengan skor sebanyak 516. Malaysia mencatatkan pencapaian terbaik pada penyertaan TIMSS 1999. Penyertaan seterusnya menyaksikan pencapaian yang menurun berturut-turut, sebanyak tiga kitaran. Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan ke-10 daripada 50 negara peserta dengan skor 508. Pada tahun 2007 pula, skor menurun sebanyak 34 mata dan Malaysia berada pada kedudukan ke-20 daripada 49 negara peserta dengan skor 474. Seterusnya, pada tahun 2011, skor semakin menurun sebanyak 34 mata dan Malaysia berada pada kedudukan ke-26 daripada 42 negara peserta dengan skor 440. TIMSS 2011 mempamerkan pencapaian yang paling rendah, namun pada TIMSS 2015 skor kembali meningkat sebanyak 25 mata. Pada tahun 2015, Malaysia berada pada tempat ke-22 daripada 39 negara peserta dengan skor sebanyak 465. TIMSS Scale Centerpoint ialah 500 dan hal ini menunjukkan pencapaian Malaysia dalam TIMSS 2015 masih di bawah tahap memuaskan dan perlu lebih banyak penambahbaikan.


Rajah 3: Pencapaian Malaysia dalam TIMSS 1999 – 2015

   
1. 0   1.3.1.2 Peratusan skor purata Matematik pada TIMSS 2011 dan TIMSS 2015 mengikut                         Benchmark yang disediakan IEA

Walaupun, bilangan sekolah yang mencatatkan skor purata Matematik melebihi 400 meningkat dari 64 peratus pada TIMSS 2011 kepada 88 peratus pada TIMSS 2015, kebanyakan sekolah iaitu 36% berada dalam kelas yang terendah. Ini membuktikan bahawa pelajar Malaysia hanya mempunyai asas sedikit tentang asas pengetahuan matematik. Manakala, 32% sekolah masih lagi berada dalam kelas sederhana, dimana pelajar hanya mampu mengaplikasikan pengetahuan yang mereka belajar. Hanya 7% sekolah yang mempunyi pelajar yang dapat mengaplikasikan kefahamana dan pengetahuan dalam pelbagai situasi yang lebih kompleks berada di dalam kategori tinggi. Tiada sekolah yang mempunyai benchmark yang tertinggi. Ini bermakna pelajar Malaysia masih tidak lagi berupaya untuk mengorganisasikan dan membuat kesimpulan serta menyelesaikan soalan bukan rutin. 




Rajah 4: Bilangan sekolah yang mencatatkan skor purata Matematik pada TIMSS 2011 dan TIMSS 2015                                    mengikut Benchmark yang disediakan IEA

1.3.1.3 Purata Pencapaian terendah Matematik dalam TIMSS 2011 dan TIMSS 2015



Purata pencapaian terendah Matematik meningkat daripada 290 dalam TIMSS 2011 kepada 326 dalam TIMSS 2015. Selain itu, purata pencapaian tertinggi Matematik juga meningkat daripada 589 dalam TIMSS 2011 kepada 609 dalam TIMSS 2015.

Rajah 5: Purata Pencapaian terendah Matematik dalam TIMSS 2011 dan TIMSS 2015

1.3.1.4 Purata Pencapaian Matematik dalam TIMSS 2015 mengikut Jantina

Pencapaian Matematik murid perempuan secara keseluruhan lebih tinggi berbanding lelaki dalam kesemua domain iaitu domain kognitif dan kandungan. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid lelaki dengan murid perempuan. Berdasarkan domain kognitif, skor purata pelajar Malaysia didapati lebih tinggi dalam pengetahuan berbanding dengan aplikasi dan penaakulan. Ini menjelaskan bahawa pelajar di Malaysia hanya mahir pengetahuan tetapi tidak menguasai aplikasi pengetahuan itu.

Rajah 6: Purata Pencapaian Matematik dalam TIMSS 2015 mengikut Domain dan Jantina

            1.3.2        PISA

1.3.2.1 Purata Pencapaian Matematik dalam PISA 2009 – 2015

PISA tidak diberikan markah secara kolektif sebaliknya markah diberi untuk setiap subjek dan kedudukan negara-negara disenaraikan mengikut skor purata setiap domain. Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 dan berada pada tempat ke-57 daripada 74 negara peserta dengan skor sebanyak 404. Skor min antarabangsa pada tahun 2009 ialah 496 Pada tahun 2012, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara peserta dengan skor 421 berbanding skor antarabangsa iaitu sebanyak 494. Pada tahun 2015, skor semakin meningkat sebanyak 25 mata dan berada pada tempat ke-46 daripada 74 negara peserta dengan skor sebanyak 446 berbanding skor antarabangsa iaitu sebanyak 494. Walaupun, pencapaian Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun, pencapaian Malaysia masih di bawah tahap memuaskan iaitu skor antarabangsa.



Rajah 7: Purata Pencapaian Matematik dalam PISA 2009 – 2015

 1.3.2.2 Purata Pencapaian Matematik dalam PISA 2015 mengikut Jantina

PISA 2009 mempamerkan pencapaian yang paling rendah bagi kedu-dua pelajar lelaki dan perempuan, namun pada PISA 2015 skor kembali meningkat sebanyak 24 mata bagi pelajar perempuan dan 29 mata bagi pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid lelaki dengan murid perempuan untuk Literasi Matematik.


Rajah 9: Purata Pencapaian Matematik dalam PISA 2015 mengikut Jantina

1.3.2.3 Peratusan Pencapaian Matematik dalam PISA 2015 mengikut Aras

Walaupun, skor purata Matematik meningkat dari pada PISA 2015, kebanyakan pelajar iaitu 29.5% berada dalam Aras 2. Ini membuktikan bahawa pelajar Malaysia hanya mampu menginterpretasi dan mengenal situasi dalam konteks yang hanya memerlukan andaian secara langsung; mengeluarkan maklumat relevan daripada satu sumber dan mengguna model representasi tunggal; mengguna algoritma, rumus, langkah atau junjukan mudah untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan angka bulat; dan membuat interpretasi literal tentang keputusan.  Hanya 0.2% pelajar yang berada dalam Aras 6 dan 1.8% dalam Aras 5. Ini bermakna pelajar Malaysia masih tidak lagi berupaya untuk mengorganisasikan dan menginterpretasi serta menyelesaikan soalan lebih kompleks. Pelajar di Malaysia kurang mahir mengaplikasi kemahiran dan pemahaman matematik seiring dengan penguasaan operasi matematik serta hubungan matematik simbolik dan formal untuk menyelesaikan situasi baharu.

 
Rajah 8: Peratusan Pencapaian Matematik dalam PISA 2015 mengikut Aras 
 

No comments:

Post a Comment