Friday, 19 May 2017

3. ISU DAN PEMASALAHAN

1.0              ISU DAN PEMASALAHAN

3.1       Faktor yang Mempengaruhi Keputusan TIMSS dan PISA di Malaysia

            Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas diperingkat global. Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

3.1.1    Apakah faktor-faktor KBAT diperkenalkan?

Terdapat beberapa faktor kemahiran berfikir aras tinggi diperkenalkan namun di sini, hanya dua faktor yang akan dibincangkan. Pertama, pencapaian Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) yang kurang memberangsangkan. Penglibatan Malaysia dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) bertujuan mendapat maklum balas berkaitan pendidikan sains dan matematik kebangsaan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan pendidikan sains dan matematik namun pencapaian Malaysia di dalam Trend in International Mathematics and Science Study  (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) di bawah skor purata menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggunakan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi meningkatkan pencapaian subjek sains dan matematik dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) menjelang 2015.

Hal ini kerana lebih kurang 60% soalan aplikasi dan penaakulan yang melibatkan kemahiran aras tinggi terkandung di dalam soalan Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA). Ini telah membuktikan bahawa murid sekolah di Malaysia lemah dalam menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan pencapaian Malaysia dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA).

Faktor kedua kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015, kementerian telah merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid. Maka, aras soalan kemahiran berfikir diperkenalkan kepada murid supaya menggalakkan mereka menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mensintesiskan sesuatu maklumat sebagai jawapan daripada hanya menyatakan fakta tersebut. Selain itu, murid juga perlu membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran aras tinggi kerana soalan-soalan ini dapat mengukur sejauh mana pemikiran murid. Apabila murid sudah membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran berfikiran aras tinggi, maka mereka akan mudah menjawab soalan tersebut berbanding dengan keadaan sekarang di mana murid hanya disoal dengan soalan yang berada di aras rendah. Kenyataan ini juga telah disokong oleh Stein dan Lake (1996) yang menyatakan bahawa jika kita mahu melihat murid boleh berfikir, mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah maka soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi perlu diperkenalkan.

3.2       Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah. Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.

Wang(2000), sistem pendidikan hanya berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik dimana kaedah ini menjadikan pembelajaran tidak disepadukan dengan dunia luar.
Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana. PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum dan guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangun pelan ini. Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Daliyanie Mat Said (2011) menyatakan bahawa pelajar seolah-olah dibentuk melalui “mesin”(kurikulum) dan pembelajaran di sekolah hanya tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru. Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekaligus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.

Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.

“Ketrampilan isi kandungan adalah perlu tetapi bukan wajib untuk penyelesaian masalah, sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada kemahiran dan strategi penyelesaian masalah mungkin adalah faktor yang lebih penting.” Joharihassan& Yeong(2010).

Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.

Kemahiran dwibahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia amat mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus. Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu penguasaan banyak bahasa menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan bahasa Arab dijadikan bahasa utama.

Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam mana-mana proses transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai Paling Utama (Supreme Values) dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah penting membentuk watak dan sahsiah. Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan etika dan nilai. Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun. Tradisi Islam silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya menyumbang terhadap kemajuan tamadun Islam itu sendiri.

Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian epistemologi (falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan nilai. Inilah yang dikatakan integrasi dan islamisasi ilmu yang giat dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur mengenai ilmu sifatnya merangkumi. Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan adalah ciri penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya mendidik warga pelajarnya dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negaranya dan bersikap patriotik terhadapnya.

Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana konsep melting-pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud perbezaan kaum dan kelainan faham politik. Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses transformasi berlaku:
1.      Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.      Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.
3.      Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
4.      Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5.      Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.      Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasakan keperluan.
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
8.      Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.
9.      Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.  Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam menyediakan ejen perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan menjadi suatu kenyataan. Malah PPPM melampaui sehingga tahun 2025 supaya kemajuan itu menuju kepada suatu peradaban. Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi konsisten. Ia menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku dengan sekelip mata apalagi untuk merubah sistem ke arah etika tinggi dan berasaskan nilai menuntut perancangan yang rapi dalam meraikan agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran.

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang  Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai  hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib , 1997). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “world class is defined as being of the highest caliber in the world”. Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
i.                    Pembangunan tenaga manusia
ii.                  Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii.                Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
iv.                Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
v.                  Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
vi.                Pembangunan teknologi dan sains
vii.              Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.
Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu. Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.

Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah. Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.

Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana. PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.
3.3       Masalah  Pelajar Dan Guru

TIMSS (Trends in International Mathematical and science study) anjuranInternational Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) ini tujuannya adalah menfokuskan kepada isi kandungan kurikulum iaitu sains dan matematik. Tambahan pula, TIMSS ini juga untuk menguji yang apa yang hendak diajar dan apa yang dipelajari oleh murid yang melibatkan pelajar dalam gred 4 dan gred 8 (Tingkatan 2). Seperti yang diketahui kedudukan Malaysia di dalam sistem TIMSS ini semakin menurun sama ada dari segi matematik mahupun sains. Dimana kita lihat pelbagai masalah yang timbul sehingga menyebabkan prestasi dan kedudukan Malaysia merundum berbanding dengan negara-negara lain dimana mempunyai peningkatan demi tahun ke tahun. Beberapa kajian yang dilihat menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan kedudukan TIMSS iaitu dari segi guru, pelajar, pengurusan dan lain-lain. Seperti yang kita tahu, guru dan pelajar memainkan peranan penting dalam melaksanakan sesuatu sistem yang melibatkan pendidikan. Tanpa mereka maka tiadalah pendidikan dan perancangan tersusun yang mampu melahirkan pendidikan yang mantap dan hebat.

Faktor yang pertama adalah berkaitan dengan guru iaitu kini kita lihat guru merupakan pendidik kepada para pelajar dimana memerlukan  pelbagai usaha demi mendidik anak bangsa. Apabila berkata mengenai guru mesti melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, pengurusan fizikal dan PdP dan lain-lain. Beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa masalah berkaitan amalan strategi pengajaran yang kurang sesuai masih diamalkan walaupun telah banyak usaha, langkah dan pendekatan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh KPM. Pada tahun 90-an, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan melaporkan bahawa terdapat lagi guru yang masih menggunakan teknik pengajaran yang lama walaupun pada abad kini. Sebagai contohnya, pengajaran berpusatkan guru, pengajaran bercorakkan ‘chalk and talk’, pengajaran yang tidak mengamalkan penerapan nilai-nilai murni dan berorentasikan peperiksaan. Kaedah-kaedah ini sepatutnya tidak sesuai digunakan oleh guru dalam kelas kerana kini merupakan zaman teknologi dan para pelajar sekarang ini semakin maju dan pandai. Seorang guru tersebut haruslah mengikut perkembangan semasa pendidikan supaya selari dengan perkembangan pelajar dan memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, terdapat guru menggunakan startegi pengajaran yang cenderung berorientasikan peperiksaan berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran berfikir. Dimana guru akan lebih fokus pada soalan-soalan peperiksaan sahaja yang lebih kepada menghafal. Sebagai contohnya, guru akan menggunakan pendekatan behaviorisme dan latih tubi yang berfokus kepada hafalan yang sering digunakan apabila hampir menjelang peperiksaan SPM. Hal ini tidak akan melahirkan para pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif tetapi melahirkan pelajar yang kurang berfikir dan terbatas pemikirannya.

Menurut John Conway (1985) dalam Polya (1945) menyatakan bahawa tugas guru yang paling penting adalah membantu pelajar menyelesaikan masalah. Menurut Polya (1985), pelajar perlu belajar menyelesaikan masalah dengan kebolehan sendiri dengan bantuan dari guru dan sifat terlalu bergantung pada guru akan melemahkan daya pemikiran dan bakat pelajar seperti ‘spoon feeding’ dimana guru akan menyuap dari segi latihan, nota, pembelajaran dan lain-lain sehingga menyebabkan pelajar kurang berfikir dan hanya mengharapkan dari guru sahaja untuk memberi ilmu.

Menurut Gardner (2002), penyelesaian masalah adalah suatu proses yang dirancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), penguasaan kemahiran asas matematik pada tahap satu didapati belum memuaskan. Jika pelajar tersebut meneruskan pembelajarannya pada peringkat seterusnya akan menjadikan masalah ini lebih kompleks. Dapatan kajian TIMSS 2007 menunjukkan, kadungan item dan taraf ujian matematik banyak tertumpu kepada penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar kita masih lemah dalam menguasai soalan penyelesaian masalah. Tambahan lagi, kajian video TIMSS (Hollingsworth,2003) mendapati bahawa hanya sedikit sahaja guru yang menggunakan masalah yang mencabar di dalam PdP dalam kelas.

Selain itu, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan antara guru baru dan lama dimana dari segi Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (PPK). Di mana kita boleh lihat dalam kalangan para guru baru dan bakal guru amat bergantung kepada hafalan rumus, petua dan peraturan, tidak mampu memberi alasan berasaskan pengetahuan konseptual serta tidak berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan ‘dua peringkat atau proses’ penyelesaian. Manakala kalau kita melihat para guru yang berpengalaman pula mempamerkan PPK yang berpusatkan pelajar. Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang mempunyai kurang pemahaman terhadap masalah yang dikemukan dan kurang pengetahuan untuk merancang strategi penyelesaian. Menurut Polya (1957) mengemukan satu model iaitu mempunyai empat langkah utama iaitu memahami masalah, memperolehi rancangan penyelesaian, menjalankan rancangan penyelesaian dan menyemak semula. Oleh itu, penggunaan model dari Polya ini mampu meningkatkan tahap pencapaian pelajar bagi subjek sains dan matematik jika guru melaksanaknnya dengan betul dan bersungguh.

Selain itu, pengalaman guru itu sendiri dalam mempelajari matematik di sekolah kurang menekankan kepada penyelesaian masalah, kaedah pengajaran yang kurang baik serta terlalu bergantung dengan buku teks (Aravena & Caamaño, 2009) akan menyebabkan berlakunya masalah kepada pelajar. Di samping itu juga, guru yang kurang kemahiran penyelesaian masalah akan gagal membimbing pelajarnya dalam menyelesaikan masalah (Judy Anderson,2008). Hal ini kerana kualiti pendidikan matematik dan sains sangat bergantung kepada guru dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus bersedia menerima perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azizi Hj. Yahya dan Elanggovan A/L m., Savarimuthu (2007) kepentingan fahaman konsep dalam bidang ini amat penting demi membentuk pembelajaran berkaitan penyelesaian masalah terutamanya matematik. Oleh itu, guru yang lemah konsep sains dan matematik dan strategi pengajaran telah menyebabkan pelajar mengalami masalah pembelajaran dalam sains dan matematik.

Terdapat kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat dan sikap yang positif terhadap sains dan matematik (Ghandiswari,2009). TIMSS 2007 melaporkan bahawa sikap dan minat pelajar terhadap sains dan matematik adalah tinggi manakala keyakinan diri mereka dalam bidang ini adalah rendah. Walaupun ramai pelajar mempunyai sikap dan minat yang tinggi tetapi terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka layak mengambil aliran sains tetapi sebaliknya iaitu memilih untuk mengambil aliran lain. Antara faktornya adalah berkaitan dengan persepsi dan kerisauan pelajar terhadap pencapaian yang rendah serta kesukaran penguasaan konsep sains dan matematik yang lazimnya berkaitan dengan kaedah dan amalan P&P dalam sains dan matematik. Tambahan lagi, mereka menyatakan bahawa penilaian matapelajaran sains adalah ketat dan kesukaran untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik. Faktor yang kedua adalah para pelajar beranggapan bahawa kurikulum matapelajaran sains dan matematik sukar untuk dipelajari. Pemikiran seperti menyebabkan para pelajar berasa susah tentang apa-apa yang dipelajari kerana minda mereka telah diset bahawa subjek sains dan matematik ini sukar. Oleh itu, para pelajar ini tidak berani untuk mengambil aliran sains walhal subjek ini amat seronok untuk dipelajarinya.

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak mengambil aliran sains. Sebagai contohnya, terdapat segelintir pelajar yang kurang minat belajar ini akan menghasut rakan-rakan mereka atau menakutkan supaya tidak mengambil aliran sains kerana bagi mereka sangat sukar untuk belajar kedua-dua subjek tersebut. Bukan itu sahaja, malah terdapat segelintir ibubapa yang tidak kondusif terhadap sains dan matematik. Dimana ibu bapa ini tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil aliran sains dan mengelakkan daripada anak-anak mereka rasa tertekan jika mempelajarinya. Selain itu, terdapat yang beranggapan bahawa peluang melanjutkan pengajian diperingkat tinggi adalah lebih kecil bagi pelajar lepasan jurusan sains. Hal ini kerana mereka kekurangan pengetahuan dan pendedahan berkaitan kerjaya graduan sains. Disini guru hendaklah memainkan peranan mereka dengan memberi pengetahuan dan bimbingan kepada para pelajar mengenai pemilihan kerjaya dalam bidang sains dan matematik supaya mereka nampak bahawa pekerjaan dalam bidang atau aliran sains ini sangat luas.

Ramai pelajar mengalami kesukaran pembelajaran dan mendapat pencapaian yang rendah dalam matapelajaran sains dan matematik. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa matapelajaran  sains dan matematik ini adalah sukar untuk dipelajari. Oleh itu, ini akan menimbulkan beberapa masalah yang akan dihadapi oleh para pelajar seperti kesilapan konsep dan miskonsepsi, kefahaman konsep sains dan matematik yang tidak mencukupi, kelemahan penguasaan pengetahuan sains dan matematik dan kesukaran membina dan menguasai konsepsi sains. Kesilapan konsep dan miskonsepsi ini sering berlaku didalam pembelajaran sama ada subjek sains, matematik dan lain-lain. Bagaimana perkara ini terjadi kerana pelajar salah menafsirkan definisi, konsep dan penyelesaian sehingga menyebabkan pengetahuan yang salah itu dibina terus dalam kognitif. Miskonsepsi adalah kesilapan yang dilakukan berulang-ulang. Dimana pelajar itu tidak tahu merdeka melakukan kesilapan kerana mereka menjawap persoalan berdasarkan kefahaman yang sedia ada. Sebagai contohnya, kita meminta pelajar menyatakan bentuk sebiji bola. Kebanyakkan mereka akan menyatakan bahawa bola berbentuk bulat padahal bola itu berbentuk sfera. Disini kita boleh lihat berlakunya miskonsepsi dalam matapelajaran matematik. Faktor seterusnya adalah kefahaman konsep sains dan matematik yang tidak mencukupi iaitu kefahaman konsep pada tahap yang rendah dan lemah. Hal ini berlaku kerana tiadanya pembelajaran masteri dimana pembelajaran ini akan memastikan semua pelajar akan menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pembelajaran masteri ini melibatkan berpusatkan guru dan pelajar dimana guru akan memberi penerangan sedikt dan kemudian diikut dengan video,soalan dan lain-lain yang melibatkan pelajar. Sebagai contohnya, seorang guru akan menerangkan proses penghadaman kemudian guru akan meminta pelajar membuat carta organ, proses penghadaman mengikut kefahaman mereka atau mencari video untuk lebih jelas diterangkan. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui tahap kefahaman sesuatu konsep itu terhadap pelajar itu.

Selain itu, para pelajar ini juga lemah dari penguasaan pengetahuan dalam matapelajaran sains dan matematik. Hal ini berlaku kerana tiadanya pembelajaran konstektual dimana pembelajaran ini akan mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman dan cara hidup kita seharian. Tambahan pula, pembalajran ini bukan semata-mata teori tetapi dikaitkan dengan kehidupan seharian supaya kita lebih jelas dengan apa yang kita pelajari. Sebagai contohnya, proses-proses pendidihan, penyejukan, penjelwapan dimana kita sering melakukan dalam kehidupan seharian dan guru itu hendaklah mengaitkan dengan pembelajaran pada masa itu. Seterusnya adalah kesukaran pelajar membina dan menguasai konsep sains iaitu seperti membuat hipotesis, pembolehubah, menganalisis data, dan lain-lain. Disini guru dan pelajar hendaklah mengatasi masalah ini dimana mereka hendaklah mengetahui kesalahan dan kelemahan mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menentukan keupayaan pelajar dalam memahami konsep sains dan matematik. Antaranya adalah keupayaan pelajar membina dan menguasai konsepsi saintifik. Di sini guru haruslah menggunakan pembelajaran yang sesuai supaya pelajar dapat menguasai konsep yang saintifik tidak kira sama ada dari pembelajaran secara penemuan-penyiasatan dan lain-lain. Selain itu juga guru hendaklah mengetahui tahap pemikiran kognitif pelajar sama ada tahap pemikiran formal ataupun konkrit. Hal ini kerana jika guru mengetahui tahap pemikiran pelajar akan memudahkan guru menrancang pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contohnya, guru memberi analogi kepada pelajar bagi pengetahuan yang abstrak supaya memudahkan pelajar mengingatinya. Tambahan pula, kemahiran proses sains yang lemah akan menyebabkan murid akan menjadi lemah dari segi kemahiran sains seperti membuat hipotesis,pembolehubah dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga guru tidak tahu menggunakan teknik yang betul dalam beberapa kemahiran proses sains. Sebagai contohnya, penitratan antara asid dan bes dengan menggunakan teknik yang salah. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai konsep dan teknik sains yang betul. Oleh itu, setiap guru dan pelajar hendaklah mengetahui kelemahan mereka ketika menjalankan PdP di dalam kelas dan memberi kerjasama supaya misi menaikkan kedudukan TIMSS Malaysia ini akan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun.

3.4       Pelaksanaan Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
Peperiksaan Pusat

Pentaksiran sekolah di Malaysia menilai semua aspek kehidupan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan sekolah dan penumpuan kepada peningkatan prestasi sekolah. Peningkatan kualiti soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penilaian akan menjadi kritikal dan bukan sahaja bergantung dengan peratusan sahaja kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penilaian di Malaysia perlu penambahbaikan dalam beberapa bidang. Hal ini kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sering berulang-ulang dan arahan sama setiap tahun, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dibuat secara terhad dan menggunakan rangsangan asas, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa membimbing murid ke arah jawapan dan kebanyakannya soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhad kepada kata arah berimpak rendah. Oleh itu, terdapat lima ciri utama melakukan penambahbaikan dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu rangsangan, pemikiran berlapis, kandungan bukan rutin, situasi sebenar dan tidak berulang.

Bagi ciri pertama iaitu rangsangan, guru boleh menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis dalam soalan kemahiran berfikir. Ini bermaksud guru perlu membuat soalan yang boleh memberi dorongan kepada murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan soalan tersebut di mana guru boleh meletakan soalan jenis bercerita, gambar rajah, graf mahupun petikan supaya murid boleh berimaginasi dan berfikir untuk menjawab soalan tersebut.

Ciri seterusnya ialah pemikiran berlapis di mana guru perlu mentaksir soalan kemahiran berfikir mengikut pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang besar kepada soalan. Domain kognitif yang dicadangkan ialah domain kongnitif taksonomi bloom di mana guru perlu menumpukan empat yang tertinggi dalam domain kognitif taksonomi bloom. Empat domain tersebut ialah mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Penumpuan tertumpu pada empat domain ini kerana doamain tersebut akan menghasilkan soalan yang boleh membuatkan murid untuk berfikir jika dibandingkan pada soalan yang berada di aras rendah di mana murid hanya perlu menyatakan jawapan sahaja.

Ciri yang ketiga ialah konteks yang baharu. Ciri ini merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid di mana guru boleh membuat soalan yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan tidak tertumpu pada satu jawapan sahaja. Erti kata lain, guru boleh menggunakan soalan rutin dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Apabila guru memberikan soalan rutin, murid tidak perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi kerana operasi atau soalan yang dikemukakan adalah jelas dan biasanya jawapan yang diperlukan berkonsepkan fakta sahaja. Jika dibandingkan dengan soalan bukan rutin, terdapat pelbagai manfaat yang akan diperoleh oleh murid antaranya soalan bukan rutin memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi dan jawapan dan prosedur yang perlu digunakan oleh murid tidak serta-merta jelas. Selain itu, soalan rutin ini menggalakkan murid untuk memikir lebih daripada satu strategi untuk menyelesaikan soalan.

Ciri yang keempat ialah situasi sebenar dalam kehidupan sebenar. Melalui ciri ini, guru boleh mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar sebagai contoh mengira luar suatu bilik atau mengukur panjang pagar. Murid juga dapat membayangkan soalan tersebut berdasarkan kehidupan seharian mereka dan melalui soalan ini, mereka dapat mengaplikasikan teknik jawapan mereka dalam kehidupan seharian. Ciri yang terakhir dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah item yang tidak berulang di mana item yang pelbagai pada setiap tahun melangkaui bahan buku teks bagi mewujudkan situasi baru. Apabila soalan yang dikemukakan sering kali berulang, murid kebanyakannya akan mengingati ciri soalan tersebut dan seterusnya mereka akan cuba untuk menghafal ciri jawapan tersebut.

3.5       Sumber Isi Rumah / Ibu Bapa

Sumber isi rumah termasuklah status sosioekonomi keluarga banyak mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam pelbagai matapelajaran. Menurut Amir Hasan et.al (2009), latar belakang status sosioekonomi merangkumi aspek bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga, yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Banyak kajian yang dijalankan dan hasil kajian mendapati status sosioekonomi banyak mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalm matematik khususnya dan matapelajaran lain amnya.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh TIMMS & PIRLS International Study Centre, terdapat empat kunci utama yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di sekolah iaitu, pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan buku di rumah dan ketersediaan dua sokongan pembelajaran iaitu sambungan internet dan mempunyai bilik sendiri. Kajian yang dijalankan merangkumi tiga tahap sumber isi rumah iaitu lebih sumber isi rumah, beberapa sumber isi rumah dan kurang sumber isi rumah.  Ciri-ciri sumber isi rumah adalah seperti berikut:

Sumber Isi Rumah
Ciri-Ciri

Lebih sumber isi rumah
·         Sekurang-kurangya salah seorang ibu bapa menamatkan pengajian diperingkat universiti dan seorang daripadanya bekerja dalam bidang professional.
·         Mempunyai lebih 100 buah buku di rumah.
·         Mempunyai kedua-dua ketersediaan sokongan pembelajaran.

Beberapa sumber isi rumah
·         Selain daripada ciri-ciri lebih sumber isi rumah dan kurang sumber isi rumah.

Kurang sumber isi rumah
·         Kedua-kedua ibu bapa tidak mempunyai pendidikan melebihi sekolah menengah atas dan kedua-duanya tidak bekerja dalam bidang professional.
·         Mempunyai kurang daripada 25 buah buku di rumah
·         Tidak mempunyai kedua-dua ketersediaan sokongan pembelajaran. 

Tahap pendidikan ibu bapa dan pekerjaan ibu bapa merupakan salah satu kunci di dalam aspek sosioekonomi keluarga. Dalam artikel TIMMS & PIRLS International Study Centre, kajian yang dijalankan menunjukkan purata pencapaian pelajar dalam TIMMS 2011 lebih tinggi bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi berbanding ibu bapa yang kurang berpendidikan. Kenyataan ini disokong oleh Amir Hasan et.al (2009) yang menyatakan pelajar dari kalangan statusekonomi yang tinggi mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding pelajar daripada status sosioekonomi yang rendah dan sederhana.

Menurut Dahl & Lochner (2012), pendidikan yang lebih tinggi membawa kepada kerjaya dalam profesion yang lebih tinggi, status sosioekonomi yang lebih tinggi, dan lebih banyak sumber isi rumah. Pendapatan keluarga juga telah terbukti mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pencapaian pelajar dalam membaca dan matematik. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi sentiasa mempunyai kesedaran akan pendidikan anak-anak mereka dan sentiasa meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Bagi membolehkan jangkaan mereka tercapai, mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan yang lebih kepada anak-anak mereka agar mereka mendapat pendidikan yang secukupnya.

Bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang kurang berpendidikan, taraf hidup mereka juga berkurang. Ada sesetengah pelajar dari golongan ini membuat kerja sambilan bagi membantu meringankan beban keluarga mereka. Tindakan ini menyebabkan pelajar mempunyai kurang masa untuk mengulangkaji pelajaran dan sekaligus menyebabkan pencapaian mereka dalam pelajaran rendah. Ibu bapa yang kurang pendidikan juga tidak mempunyai kesedaran yang tinggi akan tahap pendidikan anak-anak mereka. Mereka lebih banyak mendedahkan anak-anak mereka kepada kemahiran-kemahiran dalam membuat kerja dan bagaimana mendapatkan kewangan dengan mudah selain daripada mempunyai pendidikan dan pekerjaan yang baik.
“Children growing up in homes with many books get three year more schooling than children from bookless home.” (Kelly, J et al, 2010)

Bagi pelajar yang mempunyai banyak buku yang disediakan ibu bapa di rumah, pencapaian mereka dalam matematik lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai kurang buku di rumah. Walaupun jumlah buku yang terdapat di rumah bukan kesemuanya adalah buku ilmiah, sekurang-kurangnya ibu bapa menerapkan sikap rajin memabaca dalam kalangan anak-anak meeka. Membaca jambatan ilmu. Perumpamaan ini bersesuaian dengan pelajar yang lebih banyak membaca berbanding dengan pelajar yang kurang membaca. Dalam TIMSS, tahap pencapain mereka lebih tinggi. Sebaliknya bagi ibu bapa yang tidak mampu membelikan buku yang banyak kepada anak-anak mereka, tahap pencapaian mereka dalam TIMSS adalah rendah. Ketersediaan bahan bacaan di rumah begitu juga berkait rapat dengan pencapaian dalam Matematik dan Sains serta dalam membaca. Kajian oleh IEA bagi TIMSS telah menunjukkan bahawa secara konsisten bahawa pelajar dengan sejumlah besar buku di rumah mempunyai pencapaian yang lebih tinggi dalam matematik dan sains.

Bagi pelajar yang mempunyai kedua-dua ketersediaan sokongan pembelajaran iaitu sambungan internet di rumah dan mempunyai bilik sendiri, mereka mendapat purata pencapaian yang lebih tinggi dalam TIMSS berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai hanya satu daripada kedua-dua ketersediaan dan juga mereka yang tidak mempunyai kedua-dua ketersediaan tersebut. Menurut Jackson et.al (2006), kanak-kanak yang menggunakan internet mempunyai skor yang lebih tinggi pada ujian standard pencapaian membaca dan GPAs tinggi daripada kanak-kanak yang kurang menggunakan internet. Hal ini berpunca daripada pengetahuan pelajar yang tinggi mengenai teknologi dan dunia tanpa sempadan yang banyak menghubungkan pelajar dengan pembelajaran. Malah ada sesetengah guru yang mengesyorkan agar pelajar mereka membuat latihan di alam maya. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan ini, mereka ketinggalan dari segi teknologi.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Rohana, Nor Rashidah dan Zaidi (2009),  dengan mempunyai meja belajar sendiri, bilik sendiri dan komputer akan menjadi satu kelebihan kepada pencapaian mereka di sekolah. Seseorang pelajar yang mempunyai bilik sendiri mempunyai privasi mereka sendiri. Mereka boleh mengulangkaji dan membuat sesuatu kerja tanpa mendapat gangguan luar tidak pelajar yang berkongsi bilik dengan adik-beradik yang lain. Perkongsian bilik berlaku apabila taraf hidup kelurga mereka sederhana atau rendah di mana ibu bapa tidak mampu menyediakan bilik persendirian terutamanya apabila mempunyai ahli keluarga yang ramai. Perkongsian bilik mengganggu pelajar yang inginkan privasi dalam mengulangkaji pelajaran. Hal ini banyak menyebabkan keputusan pencapaian pelajar menurun dalam TIMSS dan sebagainya.

3.6       Corak Pendidikan Malaysia (Peperiksaan)

Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Untuk itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan asas pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025).

Tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti UPSR, PMR dan SPM dilihat semakin meningkat saban tahun. Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS). Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999. Melalui artikel Malaysian Insider, Lim Kit Siang juga menyatakan terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan negara kerana Malaysia hanya mampu bersaing semasa warga sahaja namun tidak dapat bersaing dengan pelajar negara lain bahkan apa yang menyedihkan ialah beberapa orang pelajar terbaik malaysia hanya setaraf dengan pelajar sederhana negara Korea.

Apabila membandingkan Malaysia dengan Singapura. Negara yang terkenal dengan tarikan Universal Studio itu jauh lebih baik prestasinya dalam pentaksiran TIMSS berbanding Malaysia. Markah purata yang saban tahun juga sentiasa melebihi markah purata yang ditetapkan oleh TIMSS. Memilih Singapura dalam membuat perbandingan ada rasionalnalnya. Di samping rekod purata markah yang sentiasa berada di peringkat atasan, Singapura juga telah di iktiraf sebagai negara yang mempunyai sistem pemdidikan terbaik dunia pada tahun 2010. Faktor corak pendidikan yang merangkumi tiga aspek yang menyumbang kepada penurunan prestasi dalam TIMSS iaitu buku teks, tahap penilaian pelajar dan dasar kerajaan.

3.6.1    Buku Teks

Amnya, pengajaran dan pembelajaran di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Menurut Zul Fikri, (2013) pengajaran disediakan untuk peperiksaan terutamanya PMR dan UPSR. Guru-guru dilihat lebih memberi fokus kepada pembelajaran atau tajuk yang ditanya dalam peperiksaan SPM dan PMR. Manakala bagi tajuk-tajuk yang tidak ditanya dalam peperiksaan akan dipandang ringan tanpa mengambil tahu sama ada pelajar dapat memahaminya dengan baik ataupun sebaliknya. Maka tidak hairan, buku teks matematik pelajar Malaysia lebih berteraskan latih tubi dan langkah demi langkah penyelesaian sesuatu masalah. Hal ini kerana, para guru berpendapat jika seseorang pelajar itu rajin dan banyak membuat soalan latihan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan ramalan, mereka akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Maka dengan mudahnya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang diberi fokus lebih dan malangnya pemantauan ke atas pelajar-pelajar corot secara sengaja atau tidak, dijadikan prioriti kedua. Jika pendidikan terus berorientasikan peperiksaan, tidak dinamik serta tidak berteraskan perkembangan ilmu untuk menghasilkan pemikiran kritis.

Selain itu, soalan-soalan PMR dan UPSR tidak dinafikan telah diterapkan elemen-elemen penyelesaian masalah dengan kritis seperti KBKK, tetapi peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit. Hal ini membenarkan pelajar-pelajar menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang hanya memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya. Sub-soalan KBKK yang lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa menjejaskan markah keseluruhan pelajar ataupun menggagalkan pelajar.

Seterusnya, pembelajaran secara hafalan merupakan pendekatan utama dan dianggap sebagai strategi terpenting dalam menghadapi peperiksaan (Tengku Zawawi, 2005). Di mana Tengku Zawawi mendapati, pelajar menghafal sesuatu konsep yang mereka tidak faham kemudian meluahkan bulat-bulat di atas kertas atau cara lain tanpa pemahaman yang sebenarnya. Kajian mendapati antara punca kepada kemerosotan pencapaian Malaysia dalam TIMSS ialah soalan dalam ujian TIMSS yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya. Seperti yang kita tahu, bentuk soalan-soalan ujian TIMSS menekan kemahiran aplikasi dan analisis. Jika pelajar Malaysia tidak diterapkan atau dilatih dengan kemahiran ini, mereka tidak akan dapat menjawab dan menyelesaikan soalan ujian TIMSS dengan baik.  Namun berlainan pula fenomenanya di Singapura kerana American Institute of Research (2005) menyatakan bahawa buku teks yang dikeluarkan oleh singapura membina pemahaman tentang konsep yang mendalam melalui kepelbagaian kaedah penyelesaian dan ilustrasi konkrit bagi konsep-konsep matematik yang abstrak.

3.6.2    Tahap Penilaian

Di Malaysia pelajar akan di nilai dengan beberapa peperiksan penting sebelum boleh ke peringkat yang seterusnya. Antara peperiksaan penting ialah UPSR, PT3, SPM,dan STPM sebelum ke peringkat pengajian tinggi.

Hal ini menyebabkan psikologi pelajar terlatih untuk menerima tekanan bahawa terdapat peperiksaan penting yang perlu mereka hadapi pada setiap peringkat umur. Maka fokus mereka akan menjurus kepada soalan-soalan yang akan ditanya pada peperiksaan tersebut.


Lantaran itu, guru juga turut mengambil jalan pintas yang mana mereka lebih menekankan topik-topik yang akan ditanya dalam peperiksaan berdasarkan analisis bentuk-bentuk soalan ramalan. Disebabkan keberhasilan pengajaran guru dinilai melalui prestasi pelajar maka guru-guru akan melatih pelajar untuk menjawab soalan pada topik tertentu sahaja dan mengabaikan topik lain yang mungkin tidak ditanya dalam peperiksaan semasa. Oleh yang demikian, teknik penghafalan menjadi pilihan tepat berbanding pemahaman konsep yang mendalam.

No comments:

Post a Comment