Thursday, 25 May 2017

9. MINI PROJEK

Di dalam projek ‘HARI KANTIN’ yang telah dijalankan ke atas 6 kumpulan sampel, didapati bahawa hasil dapatan daripada setiap sampel murid ini, mereka mempunyai idea yang sama dan berbeza-beza terhadap tugasan yang diberikan.
Dapatan projek adalah seperti berikut:
1)        Sampel Pertama (Kumpulan 1)
        Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan bentuk 3D dan 2D daripada buku-buku rujukan.  Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 6 jenis bentuk 3D dan 2D seperti yang dikehendaki untuk membentuk gerai.   Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses pembinaan bentuk 3D dan 2D.  Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan  murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya membentukkan sebuah gerai yang cantik. Murid-murid itu telah membuat pembentangan hasil karya mereka.
2)        Sampel Kedua (Kumpulan 2)
        Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan bentuk 3D dan 2D daripada internet.  Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis bentuk seperti yang dikehendaki untuk membentukkan gerai.   Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu bentuk yang disenaraikan tidak lengkap kerana murid tidak menggabungkan bentuk-bentuk tersebut untuk membentukkan gerai.  Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan  murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya membentuk bentuk-bentuk tiga dimensi. Murid-murid itu telah membuat pembentangan hasil karya mereka.


 3)        Sampel Ketiga (Kumpulan 3)
Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan bentuk-bentuk 3D dan 2D daripada internet, buku teks dan buku rujukan.  Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 bentuk 3D dan 2D seperti yang dikehendaki. Persoalan projek yang pertama iaitu telah dijawab.  Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses penambahan dan penolakan. Murid juga dapat menunjukkan proses pendaraban dan pembahagian dengan jelas dan teratur.  Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan  murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya membentukkan satu gerai yang cantik untuk Hari Kantin Sekolah. Murid-murid itu telah membuat pembentangan hasil karya mereka.


4)        Sampel Keempat dan Kelima (Kumpulan 4 & 5)
Sampel keempat dan kelima telah mencari maklumat secara bersama dan telah membuat perbandingan diantara tiga buah gerai berhampiran. Kumpulan ini telah membuat pembahagian tugasan untuk memudahkan mereka membuat perbandingan.  Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Kedua-dua kumpulan telah menyenaraikan 10 bentuk 3D dan 2D seperti yang dikehendaki.   Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses pembentukkan gerai ghaib secara teratur.  Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu “bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya membentukkan sebuah gerai ghaib.

                                               
5)        Sampel Keenam (Kumpulan 6)
Murid dapat mencari maklumat dan membentukkan bentuk-bentuk 3D dan 2D.  Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 8 bentuk 3D dan 2D seperti yang dikehendaki.  Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses pembentukkan gerai ghaib mereka. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu “bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya membentukkan sebuah gerai ghaib. Murid-murid itu telah membuat pembentangan hasil karya mereka.
        Bagi menjawab persoalan ketiga iaitu, “sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan pengajaran mempengaruhi pembelajaran murid ”, berdasarkan maklumat daripada soal selidik yang diperolehi,  guru mendapati kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar.  Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.

Perbincangan dan Kesimpulan

Dari hasil projek yang telah dijalankan guru mendapati pemahaman konsep matematik lebih mudah diterapkan kepada murid jika mereka sendiri yang melakukan aktiviti untuk membina kefahaman mereka sendiri.  Menurut  Mohamad Daud Hamzah (1990), setiap murid mempunyai skema pengetahuan mereka sendiri. Mereka menghimpunkan pelbagai maklumat dalam ingatan mereka. Apabila mereka mentaakul sesuatu kejadian, mereka akan mengaktifkan sesuatu konsep.  Konsep yang diaktifkan ini akan mengaktifkan konsep lain yang berkaitan melalui proses rebakan gegaran.  Mengikut Jean Piaget, kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 10 tahun, perkembangan kognitif mereka masih pada peringkat operasi konkrit dan semi konkrit. Untuk menerapkan konsep matematik dengan berkesan aktiviti yang melibatkan penggunaan deria motor seperti melukis gambarajah sangat sesuai dalam membantu mereka memahami sesuatu konsep matematik tersebut dengan jelas.
Topik ruang dimasukkan ke dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu ini perlu di ajar di peringkat kanak–kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal.  Melalui projek ini guru dapat melihat bagaimana murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang untuk menjalankan aktiviti mencari maklumat, membanding, membuat operasi asas dan melahirkan idea yang kreatif, bernas dan logik.

   Cadangan

Jadi untuk menggalakkan sikap positif terhadap matematik dan menggalakkan perkembangan pemikiran matematik di kalangan kanak-kanak, guru perlulah mengetahui peringkat perkembangan murid.  Kanak-kanak akan belajar dengan seronok jika mereka boleh melihat dengan jelas dan memahami apa yang disampaikan oleh guru terutama sekali apabila melibatkan pengalaman sebenar mereka.  
Bagaimana untuk menerapkan pemikiran matematik dalam proses pengajaran? Berikut merupakan beberapa cadangan lain yang mungkin dapat membantu guru:
a)       Menggalakkan pelajar mempelajari matematik daripada konteks yang spesifik, menggunakan grafik-grafik berkaitan, menggunakan simbol-simbol matematik untuk menerangkan sesuatu dalam usaha menerapkan pemikiran matematik mereka. 
b)         Menggalakkan murid untuk menggunakan grafik bagi pemikiran visual dan matematik.
c)          Menggalakkan murid meningkatkan kesedaran kepentingan pemikiran matematik.
d)          Galakkan pelajar supaya sentiasa berusaha untuk membuat pembuktian secara logik


No comments:

Post a Comment